Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang




Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


korang rasa TERKENA ? tak kan tak nak kongsi ngan kekawan?
apa lagi ? jom share . baru ADIL sama-2 kena hahaha .
aku pun terkena jugak macam korang ! best apa hahaha .
sakai je sapa yang reka cite ni -.-

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994

cerita semalam








hello people =] krik krik krik *bunyi cengkerik* . ya aku tahu takda umat pun nak baca blog aku ni T.T tambah pulak sekarang ni dah jarang dah aku menaip kat sini kan . tapi macam la kalau aku up date tetiap hari blog aku yang tak berapa nak comel ni korang nak baca kan . sibuk aje korang layan cerita ombak tsunami lakonan en. harun tu . okay okay kipas susah mati aaron aziz sila jangan asah parang anda . aku malas nak berlenggang kangkung time korang main kejar-2 360 meter dengan aku nanti . hew hew hew . tapi masalah nya sekarang memang aku malas nak up date blog ni and aku pun tak tahu lah kenapa =/

okay okay , pape pun ni cerita semalam punya . berbekalkan alasan aku nak buat medical check up dapat lah aku ber-hang out dengan bebudak ni sampai ke petang semalam =D pepagi la bangun and terus mandi . takut nanti pergi hospital lambat-2 , ramai la pulak orang yang nak buat medical check jugak . yelah kan , sekarang kan semua penganggur-2 kehormat macam aku dah nak berjihad demi masa depan . *cewahh* semua dah nak pergi alam uni , so ramai lah yang nak buat medical check up ni . dalam 8.30 kot aku dah sampai hospital besar kota bharu and punya la panjang barisan untuk buat medical check up . agak-2 dia orang ni berkhemah la kot kat depan hospital tu . gila awal tapi dah berjela yang beratur =,=' aku pun dengan berat hati join jugak barisan tu . sejam jugak la aku beratur kat sana and bila aku sampai aje kat kaunter tu dengan selamba akak tu cakap , "appointment 22hb hari selasa boleh ?" . WHAT ! aku beratur lama-2 sampai sakit pinggang appointment aje yang dapat ? hailaa -.- nasib lah badan . tengok jam baru 9.30 and mana ada mall yang bukak lagi . pusing-2 kejap and pergi aje lah kbmol tu . buat kali ketiga nya aku pergi kbmol yang belum bukak -.- bangga je kan . dah tu aku pun shopping-2 la siket . dah nanti kalau jumpa bebudak ni kelain jadi nya . haha . lepas acik nan cik hanim sampai aku lepak nan dia orang sambil makan-2 kat food court and tunggu cik ariey and cik jijah . lama gila la kot tunggu anak dara dua orang tu bersiap dah berjam jam tunggu baru sampai . borak-2 kejap then solat and MAKAN lagi kat mc'd . haha . kalau dah keluar dengan acik memang takda aktiviti lain selain makan kau tahu . dekat mc'd tu dah la bergossip tak ingat dunia . mana tak nya , bercakap macam satu mall boleh dengar . haha . dah tu lama gila lepak dakat situ . abang yang keje mc'd tu tenggok kita orang macam nak halau aje . tapi ada kita orang kesah ?? muahahaha =P lepas tu la baru nak jalan-2 and shopping-2 . tu pun dah petang . dah penat pusing baru lah semua ingat nak balik . haha . aku pun dah nak balik baru lah ingat nak call mama datang ambik . haishh bila agak nya nak drive sendiri ni ? lepas dapat lesen tak penah drive lagi -.-

oh ya , besok dah nak back tu school . *loncat-2* bukan nak pergi belajar balik kat sekolah tu tapi lusa dah grad dah . so besok kena tidur kat hostel and ada rehearsal and also nak sewa jubah semua kena settel kan besok . woot woot seronok kemain nih . dulu kalau bab nak pergi sekolah memang haram aje nak ada perasaan excited cam gini . haha . biasa la tu kan =] and before tu nak pergi jejalan nan cik nino . wahhh seronok nya jumpa cik nino !!!

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994

SAYA IMAN , AWAK ?




hey , sexy boy set me free , don't be so shy play with me , my dirty boy , can'y you see , that you belong next to me ~ *nyanyi sambil si syed shamim main gitar kat sebelah* WHAT ! okay okay diharap bersabar semua . letak dulu skateboard yang korang pegang dengan niat kepala aku terbelah dua dengan sekali hentakan . ahaii =,=' aku berangan aje lah . why so serious ? sebenar nya aku pun tengah sakit kepala pasal nak masuk uni ni . aku di anak angkatkan kau tahu . dah macam anak buangan pun ada . nasib baik papa mama aku tak pergi campak aku dekat baby hatch ajer T.T takda sapa-2 nak tolong aku dengan uni stuff ni . aku lagi la tak tahu pape . nak isi borang pun aku tak tahu . apa nak dibeli pun aku tak sempat nak pikir lagi . barang semua lagi la aku tak prepare pape . oh ya , cakap pasal uni ni , aku kompem dah pergi uitm =] kat cendering , kuala terengganu . sedih wuu takda sapa-2 dapat sama nan aku . memang betul-2 nak kena survive sesorang la ni . nak kena cari kawan baru tu yang masalah nya . HAI SAYA IMAN . AWAK ? WHAT ! that's really not me -.- hailaa pape je lah . yang tu pikir kemudian je lah . macam mana pun aku ada kawan jugak kat sana nanti kan . lagi pun tiga tahun kut aku pergi bertapa kat sana . kalau satu pun takda orang nak kawan nan aku nasib lah TT^TT tapi yang penting sekarang borang and barang-2 aku semua tak prepare lagi . tak tahu mana nak start . borang tu tak payah cakap la sebab haram pun aku tak paham . papa mama pulak nak aku isi sendiri . selalu dia orang yang uruskan . kalau kat sekolah ada cik nino yang uruskan . dah sekarang aku nak buat macam mana ni ?? barang-2 semua tu pulak nak kena bawak macam mula-2 masuk hostel dulu ka ? mak aihh , banyak nya nak kena angkut . adehh cramp la otak aku pikir =.=' pape pun , malam ni nak try isi borang medical check up sebab besok nak pergi buat medical check up . tapi actually tu alasan semata mata . haha saja buat alasan sebab besok nak hang out nan budak-2 ni . jyeahhh mintak-2 la tak ramai yang buat medical check up besok , tak payah aku nak tunggu lama-2 nanti nak pergi hang out lagi =/

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994

uitm oh uitm









assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu malaysia . cewahh . ada gaya pembaca berita tak ? mana tahu boleh ikut jejak senior aina suzaily . *kening kening* . haha . sila jangan ada rasa nak nak hentak kepala aku dengan kasut roda . itu sakit . okay-2 semalam aku dah bagi tahu yang aku dapat diploma sains kat uitm kan . so hari ni baru boleh tahu aku dapat kampus mana . bajet pukul 11 setengah tadi aku check , aku dapat kampus kuala terengganu cendering . haha . aku pun tak tahu kenapa aku dapat kampus yang aku tak list kan semalam . semalam aku bagi tahu arau , jengka and kuala pilah jer kan . aku pun agak la pelik . mana la tahu kan kot kot tuan uitm ni nak main hide and seek and bergurau senda nan aku . ahaii -.- aku pun check banyak-2 kali sambil berharap keluar kampus lain pulak . tapi last-2 aku pasrah jer lah . tapi yang tak tahan nya mama aku pulak yang lebih-2 happy menangis bagai sambil joget-2 lagi . nasib baik tak shuffle ajer . relax la ma , baru diploma sebelah negeri . kalau phd dari planet seberang macam mana ? muahahaha . dah check tu terus aku tepon cik nino kejutkan dia dah aku bangun teramat awal hari ni . peace ^^V . dengan mamai nya dia pergi check and msg aku balik *tak tahan nya pakai RQ kot =P* dia dapat kampus jengka ='( musnah habis harapan aku nak sama-2 dengan dia . sila jangan baca dalam nada lesbo . sedih gila kot TT^TT memang aku nak sangat sama-2 dengan dia . tambah pulak kos sama . haila -.- nanti sapa la nak urus kan aku ni . selalu dia jer yang buat kerja . aku mana nak reti semua-2 ni . nak ke tempat orang sorang-2 ni scary doh . agak la cuak rasa nya =.=' sebab dalam batch aku tu macam aku ajer satu-2 nya umat yang dapat kampus tu . jangan la kata kampus tu ada kat alam bunian , nanti aku nak pergi daftar ni tak dak pun kampus tu . nak kene tunggu tengah-2 malam baru boleh daftar sebab bunian kerja shif malam jer . hoi apa aku melalot ni ? bunian bagai . scary doh =,=' tapi menurut apa yang korang baca di atas , nada macam kompem ajer aku budak uitm nanti kan ? haishh aku pon tengah pikir-2 lagi ni . tapi macam ke arah uitm la sebab satu , macam aku bagi tahu semalam diploma ni relax siket . otak aku ni dah la lembab dah , kalau tak lembab lama dah aku dapat bursary . jyeahhh . yang senasib dengan aku , sila jangan terasa =P dua , kalau ada pape masalah sedara aku ramai kat terengganu tu . rumah cik nino pun dekat ajer . haha . kalau kat kedah sana , memang aku ni makhluk asing la kot . bukan sedara mara , kenalan pun tak dak kat sana =/ tiga , korang pikir-2 la sendiri sebab aku pun tengah pikir lagi . aku pun tak konfiden lagi nak tekan button TERIMA TAWARAN . haha . macam bangang jer kan ? macam tak ready nak ke uni pun ada jugak . terasa diri ini masih comel untuk ke alam remaja . ohoii XD tapi dulu gatai ajer nak habis sekolah cepat-2 sebab nak masuk uni . sebab apa ? sebab tak nak pakai baju sekolah ! haha how typical thinking i am -.- tu lah manusia . masa ada tak dihargai , dah hilang baru nak menyesal . harap maaf , itu hanya fatwa diri sendiri . heee =]

lets begin our new chapter with some good news
and let the good things come to us
and go through them with a smile =]

NOTA KAKI : entah pape ajer aku nak berpoetry kat sini . essay pun asyik grammar error . vocab berterabur , spelling kelaut . ada hati jer ! haha . pape pun hari aku bake brownies tadi . kau hadoo ? =P

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994

upu dah keluar tapi ...






assalamualaikum and a very good evening to teachers and friends . standing here today , i would like tell you about my upu result . cewahh . dah macam public speaking time oral test dalam kelas dulu . nasib baik lulus =,=' okay-2 back to story aku nak cerita kat korang . haa kat atas tu result upu aku . kau hadoo ? haha . cakap macam aku dapat A-LEVEL jer kan . aku dapat diploma jer pun . tak layak nan result ku yang tak seberapa nak masuk asasi dekat uni yang best-2 . ehh uitm pun best apa . cik ariey nan cik azizah selalu promote uitm cakap yuran murah ! haha . sekali betul-2 aku dapat uitm . tapi masalah nya nak pergi ke tak ajer . haila -.- semua orang dah macam suruh aku pergi matrik babe . tapi masalah nya matrik tu memang pack la kot jadual dia . orang cakap la kan . dah nak belajar kejap sangat kan lagi pun setahun jer pun . tapi yang lagi best , kalau kau tak dapat score kompem kau kena tendang T.T gila kan ? itulah pro and contra matrik . kalau diploma , yang best nya jadual dia relax ajer . yela tiga tahun kan . tapi tu la masalah nya . tiga tahun tu lama . lepas tiga tahun baru boleh sambung degree . tapi sekarang dah ada fast track tapi kena score tinggi jugak la -.- kesimpulan nya semua nak score tinggi . haha . kalau kau tak nak score pape kau duduk ajer kat rumah , dalam bilik , tunggu datuk tua kerepot yang macam ulat bulu naik daun datang pinang kau . dah la tua , gatal pulak . tak sedar diri betul ! hoi keluar topik la . ehh haha maaf lah ya =.=' dah tak berapa nak betul aku pikir masalah uni ni . hailaa -.- tapi tadi along ada bagi link satu blog ni . agak membantu jugak lah . *nampak sangat nak suruh aku pergi diploma* sapa yang kebangangan ehh bukan kebingungan macam aku ni boleh cuba baca blog ni . TEKAN SINI . mithali pulak along aku >.< huhu . kalau ikut kan papa aku nak ajer dia suruh aku belajar dekat KPTM yang aku dapat diploma sains jugak tu . sebab depan pagar tu ajer tempat belajar nya . muahaha . itu propa , tak dak la depan pagar tapi dekat yang amat ! tak advance la pa . time study ni la nak merantau . lagi kan nabi suruh menuntut ilmu sampai ke negeri china . ni kan pulak uni sebelah negeri ajer =] okay ?

cakap pasal diploma sains uitm ni . aku dapat sama dengan cik nino \(^-^)/ haha . ada jodoh betul aku dengan dia . ohh sila jangan ada salah faham . kami bukan golongan yang nabi tak mengaku umat . kami cuma BFF SAMPAI MATI ! haha tapi yang cuak nya kos ni ada dekat tiga uitm . dekat arau perlis , jengka pahang and kuala pilah negeri sembilan . hari ni tak dapat tahu lagi aku dapat kat mana sebab besok baru ada surat tawaran . so agak la cuak sebab kalau aku dapat tempat sama nan cik nino mungkin aku tak pandang dah kot matrik tu . tapi pape pun kalau boleh nak dekat kuala pilah tu sebab nanti dekat dengan along and angah . tu pun kalau aku pergi la =P nanti tak pasai-2 aku tercampak dekat utara tu tak nak la aku ! dari tadi aku cakap pasai diploma sains ni kan , aku pun tak tahu apa la sebenarnya aku nak belajar nanti . macam main doktor-2 kah aku nanti ataupun main kawin-2 . haha tak dak makna nya . so , abang mithali cik nino bagi link ni dekat dia and dia datang share nan aku . trimas ya cik nino . TEKAN SINI . haa , sapa yang dapat sama nan aku ini lah yang akan kita belajar . so , boleh la nak prepare siket-2 kan . aku pun dah lupa dah aku belajar kat sekolah dulu . dah berkarat agak nya otak aku ni =.=' nak pergi servce dekat mana ni ? hailaa -.-

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994

grad ku ditangguh !



hai korang ! *lambai-2 sambil buat muka comel* ohh sila jangan ada rasa nak lempang aku laju-2 guna kasut ballet disebabkan kecomelan ku =D haha . okay-2 back to business . ni huh ada lagi cerita propa aku nak share nan korang . krit krit krit . *bunyi cengkerik* tak dak orang nak dengar pun aku nak jugak cerita . tak kira , nak jugak ! okay kecomelan ku terserlah lagi =P haha . ni huh aku nak cerita *nada cik kiah jual jamu* hari tu kan aku ada bagi tahu cik nino n cik waida ada nak datang rumah aku kan ? sepatut nya hari ni la kot . tapi sekarang cancel terus ! nak tahu kenapa ? mana tak nya , bonda aku #pengetua aku buat drama lagi . dia dah siap post dekat wall kawan aku suruh survey tarikh grad kita orang nak 9/5 ka 17/5 . hoi budak luar semua dah book tiket la . boleh lagi dia tanya . alahh , dia tanya pun bukan apa , nak jaga hati kita orang la tu . tapi semua adalah lakonan semata-mata . sebab papa aku dapat massage petang lagi cakap grad sure 17/5 . walau pun bermati-matian kita orang nak tarikh 9/5 and last-2 kompem lah grad kita orang 17/5 . SPOIL BETUI ! ni dah second time kot tunda . hari tu kemain kecoh nak grad 8/5 tapi sebab VVIP tak dapat datang kena tunda 9/5 . dah ni aku pun tak tahu lah kenapa , cakap cikgu busy la apa la kena tunda sampai 17/5 . alahai , kita orang kemain excited nak jumpa kawan-2 and nak pergi lepak kat sekolah tu T.T dekat group batch aku tu kecoh jer semua orang dah malas nak pergi grad . semua dah fedap . tak tahu la berapa kerat jer nanti yang pergi grad tu . aku pun mula-2 ingat dah malas nak layan tapi cik nino nak pergi kalau aku pergi . so , pergi lah untuk jumpa nan kawan-2 tapi bab nak masuk dewan tu kalau rajin nak pakai jubah besar and topi empat segi tu aku masuk la =]


yang lawak nya semalam kemain lagi cik nino mengeletar nak bagi tahu aku dia tak jadi nak datang . no big deal la babe . kau cancel nak datang rumah aku , aku lagi happy kau tahu . mana tak nya dah korang nak datang kena la kemas rumah . mak aihh rumah aku sekarang macam dah kena serang dengan askar jepun . bilik aku pon dah macam kena bom kau tahu . malu la aku anak-2 menteri ni nak datang kan . haha . lagi pun tak payah aku nak sental jamban tu sekali . nanti rosak la tangan mak ni kan . auwww =P tapi tak pe . minggu depan ada lagi . nanti nak grad datang rumah aku tau . nanti dah siap kemas semua tak dak la aku malu korang nak datang =] dengan bangga aku suruh korang menetap kat rumah aku lama-2 . tapi korang camping dekat sungai bawah sana la nan biawak semua ya . mesti cik nino excited habis ! haha . kau tak bagi aku printscreen ya . haa ni aku balas dendam kau printscreen chat aku =P

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994

entry berjela






ha ha hachoom ! hoi kenapa berhabuk sangat ni ? sapa punya blog la tak bertanggungjawab ni . dah nak sangat buat blog tak nak update pulak . eh ehh kejap . bukan ke ni blog aku ? ohoi dah lama tak menaip kat sini sampai rupa blog aku sendiri pon dah lupa =.=' okay itu propa , sila jangan ada rasa nak baling kasut skating dekat aku sudah . peace *kecik mata . haha dah lama rasa tak menjenguk alam blog ni . jangan nak kata baca blog orang lain , blog aku sendiri pun belum tentu aku nak view . punya la malas aku nak hadap blog ni . bukan apa , hari tu aku busy prepare nak pergi himpunan BERSIH 3.0 ! opsss , apa nak mampus aku kalau pergi sana . okay-2 aku tak nak berpolitik kat sini pulak nanti kena bash kang , aku pun belum cukup umor nak ngundi =] sebenar nya aku lama dah tak jenguk sini sebab dah ketagih sangat nan en. twitter . tapi okay la kan dari aku ketagih dadah kan . so , mama n papa you should proud of me okeh ? kalau korang perasan , aku punya intro pun dah panjang kan . ini petanda nya tsunami nak datang . ehh bukan , maksud aku banyak aku nak menaip nak story mory nan korang sampai tak tau tahu nak start kat mana . sebab tu la meraban ni -.-

sebelum aku meraban lebih panjang , dengan suka cita nya aku nak mula bercerita . err , tapi macam mana nak start ehh . banyak sangat nak bagi tahu . ohh , aku memng selalu jadi blank kalau terlebih excited . *bajet jer ada orang nak baca blog aku yang entah pape ni =.=' walau apapun aku taip jelah yer . kalau tetiba cerita tamat ka , anti klimaks ka nasib la yer . sesungguh nya aku memang insan yang tak pandai nak berpuitis . cerita pun agak boring lah yer =D




haa , kalau tengok kalender sekarang dah masuk MAY kan . bukan yang korang sental masa mandi tu tapi bulan lima la . korang perasan tak ? aku pun baru jer perasan sebenar nya . hew hew hew . dah lima bulan rupa nya 2012 ni tapi aku rasa macam aku ni orang yang tak guna hidup jer . kau tahu kenapa ? aku ni hidup dah macam zombie dah . tengah hari bangun , pagi baru tidur . bangun , facebook , makan , tweet , mandi , tweet , facebook , tidur itu ajer aku buat . kulit tak penah nak kena cahaya matahari sebab tu lah dah macam zombie =.=' HOW LIFELESS I AM . gila boring kau tahu . tapi dah masuk MAY ni macam busy lah jugak aku ni . mengalah kan setiausaha PBB . okay itu tak dak kaitan pun . tapi sebab nanti kan angah nak bawak isteri dia balik rumah *orang kelantan panggil NYAMBUK NATU* sebut betul-2 tau NATU bukan HANTU =P so macam ada kenduri gitu la . yang cuak nya kau nak tahu apa ? kenduri angah tu 28/5 and kalau lah aku ni tak dak rezeki nan PUAN UPU kena la masuk matrik and kena daftar 27/5 . haa tu pun nasib baik dekat kedah , kalau aku kene negeri lain tak ke naya daftar 28/5 jugak . dah tu sapa nak hantar aku ni ?? hoi tak kan lah aku nak heret bag sebesar alam tu sesorang sendiri naik bas merantau ke negeri yang aku tak penah jejak ? tapi kalau lah aku dapat asasi kat upu daftar 28/5 woo , kalau aku dapat diploma baru daftar bulan nam ! tapi kalau aku dapat diploma tak tau la nak pilih matrik ke tak . haila nak kena pergi mengahadap AYAH AJI lagi la ni -,- pape pun dah prepare siket-2 barang basic yang nak kena bawak pergi hostel . seronok seh nak masuk hostel balik . betapa aku suka life kat hostel . MANSE ! haha , sambil-2 tu banyak jugak nak kena beli barang-2 kenduri angah ni . boleh katakan tetiap hari aku keluar pergi kedai-2 pengantin , kedai-2 kain , dah macam wedding planner you . i like =] tapi harap sangat nak ada kat rumah time kenduri tu . dah lama tak rasa suasana kenduri kat rumah sendiri , jumpa saudara mara yang berabad tak jumpa and makan banyak-2 ='(




haa ni satu lagi cerita ala cerekarama dekat tv3 . haha . tak dak la , ni pasal ada lagi kawan aku yang sesedap rasa mengata aku HEARTLESS . amboi siap kempen dekat blog lagi kan . mentang-2 la aku tak hadap benda alah ni sekarang , bermaharajalela kau ! hoi mana kau tahu aku HEARTLESS huh ? ada kau nampak ka ? dah tak jumpa berapa bulan semua orang start mengata aku HEARTLESS . mengapa kah ? itu yang menjadi persoalan aku sekarang . mungkin sebab aku selalu senyum sesorang bila tengok muka aku sendiri kat cermin ? mungkin kah sebab aku selalu gelak sorang-2 dalam kereta sebab aku memang selalu berangan time dalam kete ? atau mungkin sebab aku selalu cakap sorang-2 kat tweet aku ? *haa kau tu ! yang sengeh macam orang utan dapat ipad5 tu kenapa kau gelak ? aku tak gila okay . cuma aku suka berhalusinasi jer =,=' kalau korang nak tahu apa dia kutuk aku meh tekan SINI . haha sambil tu touching-2 siket okay =P oh ohh and the great news is cik nino *yang kutuk aku tu* and cik waida nak datang umah aku sebelum grad nanti . bagus jugak korang datang , nanti boleh la jadi bibik tolong kemas rumah aku ni haa . kalau nak tunggu aku mengemas memang tak kenduri la angah aku =P and and kita orang grad nanti 10/5 . woot woot tak sabau nak jumpa geng babe XD

huh -.-" , dah macam relay dua meter setengah dah aku ni penat . dah berjela aku menaip . tak pernah-2 aku taip pepanjang gini . sorry lah kalau entry and blog ni mengganggu hidup mu . ehh bukan , maksud aku membuang masa kau baca entry aku yang entah pape and pasal aktiviti and life aku yang mengbosan kan . *bejet ada orang nak baca puii =.=' oleh itu , dah malas aku rasa nak meraba keyboard ni . nanti lain kali la pulak aku menyiarkan kisah-2 propa dalam hidup aku ni ya =] *tak tahan nya nak lagi tu bersiaran haha XD

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994