salam ramadhan









assalamualaikum people =]
salam ramadhan untuk semua . walaupun dah 4 hari kita sebagai muslim telah melaksanakan ibadah puasa , harap masih tak terlambat aku nak wish selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah puasa .
cewah ! kenapa tetibe jadi skema ni . ni mesti dah lupa macam mana nak update blog sebab memang dah lama gila la kot aku tak jenguk sini . dah berhabuk , bersawang dan bermacam ber lagi lah . hehe .
bukan apa , bukan aku tak hendak jenguk blog buruk aku ni tapi biasa la dah masuk alam uni ni , semua dah lain dah . macam2 hal nak kene buat . nak kene buat report , nak kene buat assignment , nak kene kawad , nak kene buat tuto , nak kene date ... ehh ! takda makna nya yang tu . hahaha . *yang tu tak sempat lagi* =P

harap dibulan yang mulia ni kita dapat sama2 meningkatkan amal ibadat . banyakkan sedekah , banyakkan amalan sunat , kurangkan pembaziran dan macam2 lagi la . untuk peringatan semua =]
termasuk lah aku sendiri ya !
dah tu jangan pulak ada yang ponteng puasa tau . kalau orang lain tak nampak kau makan pun Tuhan nampak tau . nanti berdosa , masuk api neraka . kau nak ? yang perempuan tu no comment la kalau kau tak puasa penuh kan . yang lelaki tu musyikil aku ! hehe
one more thing , jangan la kau pergi main percun puasa2 ni . sayangilah tangan anda . kalau dah putus tangan tu , nanti raya macam mana nak salam ? and paling penting macam mana nak kutip duit raya ? nanti rugi tau . nanti semua kawan2 dapat duit raya , kau dapat sampul duit raya je . jyeahaha .

so , aku rasa tu lah sahaja kot pesanan aku untuk semua . lagi pun tuto aku berlambak lagi tak sentuh . kang kalau aku taip pepanjang ada jugak yang tak leh raya tahun ni -.-' pape pun , harap semua dapat berpuasa dengan penuh and berbuka dengan orang yang tersayang =] *family je okay * bubuy ~

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994

OBC's pictures



hye guys . sebelum aku mula kan benda-2 merapu yang nak di tuliskan di sini aku nak bagi tahu korang yang aku tengah taip setiap perkataan yang korang tengah baca ni pada jam 3.48 pagi . amacam ? ada beran ?? haha . sesaje aku nak melalut pepagi buta ni . tadi habis meeting kul 1 and sidai baju yang di basuh petang tadi ( punya la busy sampai tak sempat sidai baju -.- ) and finish some of lab report chemy . agak la penat tapi dah supper dengan big mac tu dah cerah dah bijik mata ni . hehe . 

and for any body information , besok bermula lah ekspidisi gunung berembun . tapi aku tak tahu la past tau tak sebab masalah kaki ni =( nak kene pergi dapatkan pengesahan doktor dulu besok , kalau tak cik kherol memang tak nak bawak la . woowoo sedih la kalau aku takleh pergi . jeles nak mati aku kalau aku takleh ikot !

but any way , macam yang aku dah janjikan , aku nak post gambar-2 aku OBC . so lets scroll down =]












adehhh ! penat la nak upload semua . aku pun dah ngantuk . besok kelas pagi . so good night and sweet dreams guys =]

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994

jom RELEX !








hey there people =]
korang apa khabar semua . long time no see kan ?
hehe . aku sekarang sedang meremaja kan diri di kampus yang asing bagi aku .
ye la kan , semua orang masuk uni ada geng , aku pulak tercampak kat sini sesorang ='(
walaupun kampus ni takda la besau macam uni lain tapi kampus ni lain dari yang lain .
nak kata tak syok tu takda la tapi dia ada keunikan dia sendiri . orang kata don't judge a book by its cover kan ? so betul la tu apa orang kata tu .
dah nak masuk sebulan aku duk sini okay-2 aje lagi setakat ni .
study pun boleh la ikot slow-2 pun kan .
tapi yang paling syok , aku join club RELEX kat sini .
club ni memang syok habis la . memang jiwa aku la kot club ni .
minggu lepas kita orang dah buat OBC means , OUTDOOR BASE CAMP .
kita orang buat jungle tracking apa semua kat SUNGAI CHOMO tu . kemain lagi excited sampai jatuh lobang ! adeh buat malu aje >///<
this week kita orang nak pergi kayak pulak kat KUALA IBAI . woot woot !
and paling tak sabar nak pergi hiking minggu depan .
maybe GUNUNG SENYUM atau GUNUNG BEREMBUN . dah la ada fitness test sebelum tu . maybe selasa depan -.- KAKI PLEASE BE WELL !
but hope sangat dapat pergi sebab angah dah nak bersara dah bab-2 hiking ni . dia nak serah tugas kat aku pulak . haha . GUNUNG KINABALU dia pun ntah kemana lagi . cakap je pandai !
pape pun aku enjoy je duk sini . enjoy la sangat sebab ada benda nak dibuat . kalau takda club tu memang mati kebohsanan la aku !
aku ingat nak upload gambar-2 aku camping hari tu tapi ni pun pakai lappy roomate aje . nanti-2 la aku post .
aku ni tak study lagi kau tahu . besok ada quiz chemy and calculus . HEAVEN NYA !!!
so , aku chow dulu lah ye . harap berjumpa dilain post *cewahh*
korang jangan la tak singgah sini walaupun aku dah lama tak post ya =]
LOVE YA !

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994