salam ramadhan









assalamualaikum people =]
salam ramadhan untuk semua . walaupun dah 4 hari kita sebagai muslim telah melaksanakan ibadah puasa , harap masih tak terlambat aku nak wish selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah puasa .
cewah ! kenapa tetibe jadi skema ni . ni mesti dah lupa macam mana nak update blog sebab memang dah lama gila la kot aku tak jenguk sini . dah berhabuk , bersawang dan bermacam ber lagi lah . hehe .
bukan apa , bukan aku tak hendak jenguk blog buruk aku ni tapi biasa la dah masuk alam uni ni , semua dah lain dah . macam2 hal nak kene buat . nak kene buat report , nak kene buat assignment , nak kene kawad , nak kene buat tuto , nak kene date ... ehh ! takda makna nya yang tu . hahaha . *yang tu tak sempat lagi* =P

harap dibulan yang mulia ni kita dapat sama2 meningkatkan amal ibadat . banyakkan sedekah , banyakkan amalan sunat , kurangkan pembaziran dan macam2 lagi la . untuk peringatan semua =]
termasuk lah aku sendiri ya !
dah tu jangan pulak ada yang ponteng puasa tau . kalau orang lain tak nampak kau makan pun Tuhan nampak tau . nanti berdosa , masuk api neraka . kau nak ? yang perempuan tu no comment la kalau kau tak puasa penuh kan . yang lelaki tu musyikil aku ! hehe
one more thing , jangan la kau pergi main percun puasa2 ni . sayangilah tangan anda . kalau dah putus tangan tu , nanti raya macam mana nak salam ? and paling penting macam mana nak kutip duit raya ? nanti rugi tau . nanti semua kawan2 dapat duit raya , kau dapat sampul duit raya je . jyeahaha .

so , aku rasa tu lah sahaja kot pesanan aku untuk semua . lagi pun tuto aku berlambak lagi tak sentuh . kang kalau aku taip pepanjang ada jugak yang tak leh raya tahun ni -.-' pape pun , harap semua dapat berpuasa dengan penuh and berbuka dengan orang yang tersayang =] *family je okay * bubuy ~

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994