cerita semalam








hello people =] krik krik krik *bunyi cengkerik* . ya aku tahu takda umat pun nak baca blog aku ni T.T tambah pulak sekarang ni dah jarang dah aku menaip kat sini kan . tapi macam la kalau aku up date tetiap hari blog aku yang tak berapa nak comel ni korang nak baca kan . sibuk aje korang layan cerita ombak tsunami lakonan en. harun tu . okay okay kipas susah mati aaron aziz sila jangan asah parang anda . aku malas nak berlenggang kangkung time korang main kejar-2 360 meter dengan aku nanti . hew hew hew . tapi masalah nya sekarang memang aku malas nak up date blog ni and aku pun tak tahu lah kenapa =/

okay okay , pape pun ni cerita semalam punya . berbekalkan alasan aku nak buat medical check up dapat lah aku ber-hang out dengan bebudak ni sampai ke petang semalam =D pepagi la bangun and terus mandi . takut nanti pergi hospital lambat-2 , ramai la pulak orang yang nak buat medical check jugak . yelah kan , sekarang kan semua penganggur-2 kehormat macam aku dah nak berjihad demi masa depan . *cewahh* semua dah nak pergi alam uni , so ramai lah yang nak buat medical check up ni . dalam 8.30 kot aku dah sampai hospital besar kota bharu and punya la panjang barisan untuk buat medical check up . agak-2 dia orang ni berkhemah la kot kat depan hospital tu . gila awal tapi dah berjela yang beratur =,=' aku pun dengan berat hati join jugak barisan tu . sejam jugak la aku beratur kat sana and bila aku sampai aje kat kaunter tu dengan selamba akak tu cakap , "appointment 22hb hari selasa boleh ?" . WHAT ! aku beratur lama-2 sampai sakit pinggang appointment aje yang dapat ? hailaa -.- nasib lah badan . tengok jam baru 9.30 and mana ada mall yang bukak lagi . pusing-2 kejap and pergi aje lah kbmol tu . buat kali ketiga nya aku pergi kbmol yang belum bukak -.- bangga je kan . dah tu aku pun shopping-2 la siket . dah nanti kalau jumpa bebudak ni kelain jadi nya . haha . lepas acik nan cik hanim sampai aku lepak nan dia orang sambil makan-2 kat food court and tunggu cik ariey and cik jijah . lama gila la kot tunggu anak dara dua orang tu bersiap dah berjam jam tunggu baru sampai . borak-2 kejap then solat and MAKAN lagi kat mc'd . haha . kalau dah keluar dengan acik memang takda aktiviti lain selain makan kau tahu . dekat mc'd tu dah la bergossip tak ingat dunia . mana tak nya , bercakap macam satu mall boleh dengar . haha . dah tu lama gila lepak dakat situ . abang yang keje mc'd tu tenggok kita orang macam nak halau aje . tapi ada kita orang kesah ?? muahahaha =P lepas tu la baru nak jalan-2 and shopping-2 . tu pun dah petang . dah penat pusing baru lah semua ingat nak balik . haha . aku pun dah nak balik baru lah ingat nak call mama datang ambik . haishh bila agak nya nak drive sendiri ni ? lepas dapat lesen tak penah drive lagi -.-

oh ya , besok dah nak back tu school . *loncat-2* bukan nak pergi belajar balik kat sekolah tu tapi lusa dah grad dah . so besok kena tidur kat hostel and ada rehearsal and also nak sewa jubah semua kena settel kan besok . woot woot seronok kemain nih . dulu kalau bab nak pergi sekolah memang haram aje nak ada perasaan excited cam gini . haha . biasa la tu kan =] and before tu nak pergi jejalan nan cik nino . wahhh seronok nya jumpa cik nino !!!

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994