entry berjela






ha ha hachoom ! hoi kenapa berhabuk sangat ni ? sapa punya blog la tak bertanggungjawab ni . dah nak sangat buat blog tak nak update pulak . eh ehh kejap . bukan ke ni blog aku ? ohoi dah lama tak menaip kat sini sampai rupa blog aku sendiri pon dah lupa =.=' okay itu propa , sila jangan ada rasa nak baling kasut skating dekat aku sudah . peace *kecik mata . haha dah lama rasa tak menjenguk alam blog ni . jangan nak kata baca blog orang lain , blog aku sendiri pun belum tentu aku nak view . punya la malas aku nak hadap blog ni . bukan apa , hari tu aku busy prepare nak pergi himpunan BERSIH 3.0 ! opsss , apa nak mampus aku kalau pergi sana . okay-2 aku tak nak berpolitik kat sini pulak nanti kena bash kang , aku pun belum cukup umor nak ngundi =] sebenar nya aku lama dah tak jenguk sini sebab dah ketagih sangat nan en. twitter . tapi okay la kan dari aku ketagih dadah kan . so , mama n papa you should proud of me okeh ? kalau korang perasan , aku punya intro pun dah panjang kan . ini petanda nya tsunami nak datang . ehh bukan , maksud aku banyak aku nak menaip nak story mory nan korang sampai tak tau tahu nak start kat mana . sebab tu la meraban ni -.-

sebelum aku meraban lebih panjang , dengan suka cita nya aku nak mula bercerita . err , tapi macam mana nak start ehh . banyak sangat nak bagi tahu . ohh , aku memng selalu jadi blank kalau terlebih excited . *bajet jer ada orang nak baca blog aku yang entah pape ni =.=' walau apapun aku taip jelah yer . kalau tetiba cerita tamat ka , anti klimaks ka nasib la yer . sesungguh nya aku memang insan yang tak pandai nak berpuitis . cerita pun agak boring lah yer =D




haa , kalau tengok kalender sekarang dah masuk MAY kan . bukan yang korang sental masa mandi tu tapi bulan lima la . korang perasan tak ? aku pun baru jer perasan sebenar nya . hew hew hew . dah lima bulan rupa nya 2012 ni tapi aku rasa macam aku ni orang yang tak guna hidup jer . kau tahu kenapa ? aku ni hidup dah macam zombie dah . tengah hari bangun , pagi baru tidur . bangun , facebook , makan , tweet , mandi , tweet , facebook , tidur itu ajer aku buat . kulit tak penah nak kena cahaya matahari sebab tu lah dah macam zombie =.=' HOW LIFELESS I AM . gila boring kau tahu . tapi dah masuk MAY ni macam busy lah jugak aku ni . mengalah kan setiausaha PBB . okay itu tak dak kaitan pun . tapi sebab nanti kan angah nak bawak isteri dia balik rumah *orang kelantan panggil NYAMBUK NATU* sebut betul-2 tau NATU bukan HANTU =P so macam ada kenduri gitu la . yang cuak nya kau nak tahu apa ? kenduri angah tu 28/5 and kalau lah aku ni tak dak rezeki nan PUAN UPU kena la masuk matrik and kena daftar 27/5 . haa tu pun nasib baik dekat kedah , kalau aku kene negeri lain tak ke naya daftar 28/5 jugak . dah tu sapa nak hantar aku ni ?? hoi tak kan lah aku nak heret bag sebesar alam tu sesorang sendiri naik bas merantau ke negeri yang aku tak penah jejak ? tapi kalau lah aku dapat asasi kat upu daftar 28/5 woo , kalau aku dapat diploma baru daftar bulan nam ! tapi kalau aku dapat diploma tak tau la nak pilih matrik ke tak . haila nak kena pergi mengahadap AYAH AJI lagi la ni -,- pape pun dah prepare siket-2 barang basic yang nak kena bawak pergi hostel . seronok seh nak masuk hostel balik . betapa aku suka life kat hostel . MANSE ! haha , sambil-2 tu banyak jugak nak kena beli barang-2 kenduri angah ni . boleh katakan tetiap hari aku keluar pergi kedai-2 pengantin , kedai-2 kain , dah macam wedding planner you . i like =] tapi harap sangat nak ada kat rumah time kenduri tu . dah lama tak rasa suasana kenduri kat rumah sendiri , jumpa saudara mara yang berabad tak jumpa and makan banyak-2 ='(




haa ni satu lagi cerita ala cerekarama dekat tv3 . haha . tak dak la , ni pasal ada lagi kawan aku yang sesedap rasa mengata aku HEARTLESS . amboi siap kempen dekat blog lagi kan . mentang-2 la aku tak hadap benda alah ni sekarang , bermaharajalela kau ! hoi mana kau tahu aku HEARTLESS huh ? ada kau nampak ka ? dah tak jumpa berapa bulan semua orang start mengata aku HEARTLESS . mengapa kah ? itu yang menjadi persoalan aku sekarang . mungkin sebab aku selalu senyum sesorang bila tengok muka aku sendiri kat cermin ? mungkin kah sebab aku selalu gelak sorang-2 dalam kereta sebab aku memang selalu berangan time dalam kete ? atau mungkin sebab aku selalu cakap sorang-2 kat tweet aku ? *haa kau tu ! yang sengeh macam orang utan dapat ipad5 tu kenapa kau gelak ? aku tak gila okay . cuma aku suka berhalusinasi jer =,=' kalau korang nak tahu apa dia kutuk aku meh tekan SINI . haha sambil tu touching-2 siket okay =P oh ohh and the great news is cik nino *yang kutuk aku tu* and cik waida nak datang umah aku sebelum grad nanti . bagus jugak korang datang , nanti boleh la jadi bibik tolong kemas rumah aku ni haa . kalau nak tunggu aku mengemas memang tak kenduri la angah aku =P and and kita orang grad nanti 10/5 . woot woot tak sabau nak jumpa geng babe XD

huh -.-" , dah macam relay dua meter setengah dah aku ni penat . dah berjela aku menaip . tak pernah-2 aku taip pepanjang gini . sorry lah kalau entry and blog ni mengganggu hidup mu . ehh bukan , maksud aku membuang masa kau baca entry aku yang entah pape and pasal aktiviti and life aku yang mengbosan kan . *bejet ada orang nak baca puii =.=' oleh itu , dah malas aku rasa nak meraba keyboard ni . nanti lain kali la pulak aku menyiarkan kisah-2 propa dalam hidup aku ni ya =] *tak tahan nya nak lagi tu bersiaran haha XD

MAAF BAGI PENGGUNAAN "aku" BAGI MEREKA YANG LAHER SEBELOM 1994